Skip to main content

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN APRIL FASA 3 BAGI DAERAH MUAR

admin
April 21, 2021

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Parit Jawa, Ayer Hitam, dan Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan.

Pegawai Daerah Muar menyantuni tiga (3) orang penerima iaitu; Muhamad Junid bin Ajmain di Lorong Haji Bajuri Ayer hitam yang rumahnya musnah akibat kebakaran, Puan Lim Lee Lian ibu tunggal yang menyara anak OKU dan warga emas di Bukit Mor Parit Jawa dan Encik Zainalbidin bin Ajid OKU yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan dan menyara keluarga di Parit Sakai Bandar.

Pegawai Daerah menyerahkan Kurniaan RM1,000 oleh DYAM Tunku Mahkota Johor kepada setiap penerima tersebut bagi keperluan dikala terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan tinggi DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor yang terkesan untuk terus bangkit dalam mendepani pasca Covid19.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku atas kurniaan tersebut.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.