Skip to main content

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & FASA 2 BULAN OGOS 2021 MUKIM SEDILI BESAR DAN MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI

admin
Ogos 11, 2021

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 dan Fasa 2 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Kota Tinggi, Mukim Sedili Besar dan mukim Sedili Kecil daerah Kota Tinggi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan Daerah Kota Tinggi serta penghulu-penghulu mukim.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membantu golongan yang serba memerlukan terutamanya dalam mendepani pandemik Covid-19 yang mencabar untuk kelangsungan hidup terhadap mereka yang terputus sumber pendapatan, menderita penyakit, kemiskinan, OKU dan lain-lain menjadi bukti bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan baginda.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.