PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
By admin
Ogos 11, 2021
Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kesang, Mukim Kundang, Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang.
Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Pegawai Perhubungan Masyarakat Cina, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.
Semua penerima menjunjung kasih atas sumbangan DYAM TMJ dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.