JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI
By admin
Ogos 01, 2021
YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan Julai bertempat di Mukim Pantai Timur dan Mukim Pengerang daerah Kota Tinggi.
Turut mengiringi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi.Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan, dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.