PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID AL-EHSAN, MUKIM SEDENAK, DAERAH KULAI
By admin
Julai 30, 2021
YBhg. Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kulai hari ini telah menyerahkan kurniaan wang tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid Al-Ehsan, Taman Wawasan, Tuan Haji Basiron bin Saimon, pada hari Jumaat lalu.
Turut serta dalam penyerahan ini ialah Kadi Daerah Kulai, As Syeikh Tuan Haji Amir Bin Mohd Noor; Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN (JKPD) Bukit Batu, YBhg Datuk Mohd Jafni Md Shukor; Penghulu Mukim Sedenak, Tuan Haji Hamdan Bin Yahya; Imam Daerah Kulai, Ustaz Zulfekri Bin Abdullah; Ketua Kampung Melayu Sedenak, En Hussin Bin Taslin dan disaksikan oleh jemaah solat Jumaat.