JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN JULAI 2021 DAERAH KOTA TINGGI
By admin
YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bulan Julai 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Sedili Besar dan Mukim Sedili Besar daerah Kota Tinggi. Turut mengiringi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang amat prihatin dan mengambil berat dalam membela nasib rakyat yang serba memerlukan dalam mendepani ujian dan rintangan kehidupan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang berterusan untuk membantu golongan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan menggambarkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat mementingkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya kepada MAIJ, JKM, penghulu mukim serta ketua kampung yang membantu dalam menjayakan penyerahan ini.