KADAR VAKSINASI DAN BEKALAN VAKSIN DI JOHOR
By admin
Saya telah mengadakan perjumpaan dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (8 Ogos 2021) di Royal Johor Polo Club mengenai kadar vaksinasi dan pembekalan vaksin di Johor.
Hasil perbincangan ini, Johor akan menerima sebanyak 2 juta dos vaksin untuk bulan Ogos 2021. Dos vaksin ini akan tiba:
Minggu 1 Ogos – 324,940 dos
Minggu 9 Ogos – 564,234 dos
Minggu 16 Ogos – 340,150 dos
Minggu 23 Ogos – 796,344 dos
Saya juga telah menitahkan kerajaan negeri untuk membuka satu PPV pandu lalu khas di Arena Larkin Johor Bahru khas bagi memudahkan golongan OKU untuk mendapatkan dos vaksin mereka.
Semoga pengumuman ini akan menghasilkan pencapaian imuniti kelompok dalam jangka masa yang terdekat. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor