Skip to main content

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN OGOS 2021 DI MUKIM JOHOR LAMA DAERAH KOTA TINGGI

admin
Ogos 22, 2021

YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.

Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

emoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.