ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 OGOS
By admin
Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Parit Jawa dan Mukim Parit Bakar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Turut hadir Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Sukarelawan Southern Volunteers Muar.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang dikenalpasti oleh pimpinan masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain pemasalahan kemiskinan.