KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 KEMBALI MENEMUI RAKYAT
By Admin
Julai 31, 2023
Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini.
Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.
KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer.
Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor.