Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
Julai 31, 2023

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua Kampung yang terlibat.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.