Skip to main content

KEMPEN JOM DAFTAR VAKSIN SOUTHERN VOLUNTEERS DAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG

admin
Jun 23, 2021

Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Tuan Haji Jamaludin Bin A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang dan Puan Norliyati Binti Md Nor, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang merangkap Pengerusi Southern Volunteers MPK telah mengadakan program outreach di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang bagi memantau aktiviti-aktiviti sukarelawan Southern Volunteers MPK dan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pelaksanaan gerak kerja kempen Jom Daftar Vaksin yang diadakan bermula 19 Jun 2021 sehingga 23 Julai 2021 di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang.

Pegawai Daerah Kluang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kluang telah bersama-sama turun padang bagi memastikan gerak kerja kempen Jom Daftar Vaksin dapat dilaksanakan serta mencapai sasaran 35,000 pendaftaran vaksin yang baru.

Warga Kluang diminta untuk turut serta dalam menjayakan kempen Jom Daftar Vaksin ini dengan menyebarluaskan maklumat berkenaan kepentingan pengambilan vaksin dan membuat pendaftaran vaksin dengan segera.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.