Skip to main content

Kerjaya Tentera DYAM Tunku Mahkota Johor

PENGLIBATAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DALAM KETENTERAAN

Bermula dari tahun 2003, sewaktu menjalani latihan ketenteraan di PULADA, baginda telah mengikuti Kursus Pegawai Muda (Young Officer) selama empat bulan dan Baginda telah menyertai operasi Merpati bersama 7 Brigade. Antara kursus-kursus yang baginda menjalani di PULADA seperti;

  • Peperangan Gerila
  • Peperangan terbuka
  • Peperangan dalam bandar,
  • NBC (Nuclear Biology Chemical)
  • dan banyak lagi.

Selepas tamat kursus tersebut, baginda terus menyambung kursusnya di India Military Acedemy (IMA) selama 3 tahun. Antara kursus-kursus yang disertai pada masa itu adalah seperti;

  • Leadership
  • Single Service Operation
  • Military Appreciation Proces (MAP),
  • Military History,
  • Weapon
  • Physical Training
  • Platoon Commander Course
  • Company Commander Course
  • Battalion Commander Course
  • dan asas ketenteraan lain.

Selepas tamat kursus di IMA, baginda meneruskan kerjaya di 61 Calvary di Jaipur, India. Baginda didedahkan dengan latihan serta operasi sebenar di sempadan Pakistan-India. Selain bidang ketenteraan, Baginda turut mengecapi kejayaan dalam bidang sukan antaranya memenangi perlawanan Polo Antarabangsa di India.

Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik baginda menjadi salah seorang pegawai dalam Askar Timbalan Setia Negeri / Johor Military Force (JMF). Baginda seterusnya mencetuskan ilham untuk menubuhkan pasukan elit dalam JMF yang diberi nama Elite Forces JMF. Pasukan elit ini bertujuan untuk memberikan perlindungan keselamatan peribadi terbaik kepada Kesultanan Johor dan Kerajaan negeri Johor dalam sebarang keadaan. Bagi merealisasikan hasrat baginda, kursus penubuhan pasukan elit tersebut telah dilaksanakan pada Jun 2008 yang melibatkan 21 orang anggota termasuk baginda sendiri untuk mempelajari pelbagai ilmu kepakaran di Kem Iskandar, Mersing Johor. Pelbagai cabaran Dari segi mental, fizikal serta ilmu- ilmu kepakaran Gerak Khas seperti;

  • Close Quarter Battle (CQB)
  • Sniper
  • Pengiring Orang Kenamaan
  • Komunikasi
  • Asas Letupan
  • Tempur Tanpa Senjata (TTS)
  • Advanced driving
  • Advanced shooting
  • Ambush
  • Hijacking
  • Guerilla Warfare

DYAM Tunku Ismail merupakan rakyat asing pertama yang mengetuai unit Tentera India di Hari Perarakan Republik India. Pada 26 Januari 2007, dengan pangkat Leftenan di dalam Tentera India, baginda mengetuai barisan hadapan yang berpangkalan di Rejimen 61 Cavalry, Jaipur untuk memberi tabik hormat kepada Presiden India, Dr. A.P.J. Abdul Kalam semasa sambutan Hari Republik. Presiden sendiri telah memilih DYAM Tunku Ismail untuk mengetuai unit yang terdiri dari seramai 400 askar yang julung-julung kali diadakan untuk majlis istiadat berkuda. Pada akhir tahun 2007, baginda menamatkan perkhidmatan di 61 Calvary. Kemudian Baginda pulang ke Johor.

Di dalam kursus ini, Baginda telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik bagi kategori Penembak Tepat. Lebih uniknya, Baginda ditauliahkan menjadi jurulatih dalam kursus Close Quarter Battle (CQB). Baginda seterusnya menjalani kursus asas payung terjun statik di kem Pulpak, Melaka selama sebulan setengah. Sejurus tamat kursus, baginda pulang ke negeri Johor dan berkhidmat untuk JMF sebagai Pegawai Staf Turus 1 berpangkat Mejar. Kini DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merupakan pegawai pemerintah JMF yang berpangkat Brigadier Jeneral.

Pada 26 Januari 2007, baginda merupakan rakyat asing pertama yang mengetuai unit Tentera India di Hari Perarakan Republik India
Ketika menjalani kursus asas payung terjun statik di kem Pulpak, Melaka selama sebulan setengah.
Leftenan Tunku Ismail, ketika menjalani latihan ketenteraan di Indian Military Academy, Dehradun, India.
© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.