KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH PONTIAN
By admin
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Pontian telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).Kerusi Roda tersebut juga telah diagihkan Kepada 2 pusat PPV Daerah Pontian iaitu di PPV Dewan Jubli Intan Pontian sebanyak 5unit dan di PPV Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nanas sebanyak 5unit.
Keprihatian DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa Johor yang memerlukan seperti orang-orang tua, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu mengandung untuk memudahkan pergerakan khususnya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menunjukkan keperibadian baginda yang amat mementingkan keselamatan dan kebajikan rakyat.
Southern Volunteers adalah pasukan sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia negeri Johor dan merupakan hasil cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor yang akan sentiasa bergerak aktif dalam membantu memudahkan urusan orang ramai termasuk dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) daerah Pontian yang sedang giat dijalankan.