KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2023 DI DAERAH MERSING
By Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah surau juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Perumahan Nelayan, Penyabong, Surau Al-Hidayah, Kampung Triang Kechil dan Surau Al-Arif, Jln. Haji Ariffin, Endau. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid ini adalah Imam Mohamad Sajid Muslim Bin Jasmani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing serta membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penambahbaikan surau dan masjid di daerah ini.