PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
By Admin
YBhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang dan mukim Layang-Layang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini adalah As Sheikh Haji Sabaruddin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Penyampaian kurniaan telah disampaikan kepada pesakit kronik, dan keluarga yang berpendapatan rendah.