KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR 2023 KEPADA BEBERAPA BUAH KELUARGA DI MUKIM PENYABONG
By Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disampaikan kepada Pengerusi Surau Al-Amin FELDA Tenggaroh 7, Surau Al-Falah FELDA Tenggaroh Timur 1, dan Masjid An-Nur FELDA Tenggaroh 5. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid dan surau ini adalah Ustaz Zulfekri Bin Abdullah, Imam Daerah Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing serta membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penambahbaikan surau dan masjid di daerah ini.