Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Admin
Jun 07, 2023

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah.

Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.

Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada pesakit kanser serta pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala.

Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Mukim, Ketua Kampung yang terlibat serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.