Skip to main content

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

Admin
Disember 07, 2022

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena menyampaikan Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Tenglu Dan Padang Endau.

Turut serta dalam sesi ziarah ini adalah Penghulu-penghulu Mukim dan ketua-ketua kampung.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.