Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Admin
Disember 07, 2022

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk keluarga kurang berkemampuan bagi Daerah Segamat telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga. Penerima ini telah dicadangkan dan dikenalpasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Kesemua penyerahan kali ini melibatkan penerima di Mukim Sungai Segamat dan Mukim Gemas, Daerah Segamat.

Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.