KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN OGOS BAGI MUKIM PULAU-PULAU
By Admin
Pegawai Daerah Mersing, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali diiringi oleh Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Penghulu Mukim-mukim, dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena menyampaikan Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Pulau-Pulau (Pulau Pemanggil) kepada beberapa buah masjid dan surau di Daerah Mersing, melibatkan Masjid di Pulau Pemanggil, Masjid Kampung Pengkalan Batu dan Surau Taman Nakhoda, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing serta membantu dalam pengurusan dan penambahbaikan surau dan masjid di daerah ini.