Skip to main content

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN SEPTEMBER

Admin
September 06, 2022

Yang Berusaha Encik Mohd Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi September kepada 5 orang penerima yang tingal di Mukim Sg Balang, Sri Menanti dan Pt Jawa.

Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka. Kebanyakan dari mereka bekerja sebagai nelayan yang telah dikenalpasti oleh Persatuan Nelayan Kawasan Muar, yang mana masih merasai kesempitan hidup dan bergantung kepada hasil laut sahaja.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.