Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu Mukim Jemaluang dan ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.