KURNIAAN DYMM PERMAISURI JOHOR SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAERAH MUAR
By Admin
Januari 25, 2022
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan menyerahkan kurniaan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor kepada keluarga e kasih dan warga emas berbangsa cina di sekitar Mukim Bukit Kepong, Lenga dan Panchor sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba ini.
Atas keprihatinan DYMM Tuanku Permaisuri Johor, kurniaan wang tunai dan barang keperluan asas ini adalah bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.