ULANG TAHUN PEMASYHURAN DYMM SULTAN IBRAHIM SEBAGAI SULTAN JOHOR
By Admin
Januari 23, 2022
Pada 23 Januari 2010, susulan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, anakanda Baginda, DYAM Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor pada waktu itu telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor, mewarisi takhta Almarhum Ayahandanya.
Selepas menaiki takhta, Tunku Ibrahim berkenan untuk menggunakan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
DYMM Sultan Ibrahim adalah Sultan Johor yang kelima dalam era Kesultanan Johor Moden yang bermula dengan pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.
