KURNIAAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
By admin
Mei 10, 2021
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Yayasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Sumbangan kurnia dari Baginda yang juga merupakan Pro-Canselor UTHM telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit DYAM Tunku Mahkota Johor kepada yayasan tersebut di Pejabat Naib Canselor UTHM pada hari ini, 10 Mei 2021.
Sumbangan tersebut adalah untuk menampung perbelanjaan pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfiti tahun ini dan bagi mengharungi pandemik Covid-19. Allah Peliharakan Sultan.

