Skip to main content

PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 1, TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU

admin
Mei 10, 2021

1. Penerima pertama merupakan kanak-kanak berusia 3 tahun 6 bulan yang mengalami sakit Mucopolysaccharidosis Tahap 1 (sakit genetik). Kos perubatan setahun RM275,600 dan kos ini berubah mengikut berat badannya. Rawatan yang dibuat di HKL setiap hari Jumaat. Beliau memerlukan suntikan enzim untuk mengelak sendi mengeras.

2. Penerima kedua mengalami sakit diabetes kronik, sakit buah pinggang (dialisis) dan penglihatan kabur akibat diabetes kronik. Beliau tinggal di rumah sewa dengan kadar bayaran RM550.00 bersama isteri serta 2 orang anak yang berusia 17tahun dan 11 tahun. Isteri beliau meniaga kecil-kecilan. Beliau menerima bantuan Majlis Agama Islam untuk rawatan dialisis sebanyak RM180.00 setiap kali buat dialisis.

3. Penama ketiga merupakan seorang OKU yang mengalami sakit asma,jantung dan kencing manis. Suami beliau juga mengalami sakit batu karang serta prostat , beliau disarankan oleh doktor untuk memakai tiup salur kencing. Kedua-dua warga emas ini tinggal bersama 2 orang anak perempuan mereka yang bekerja sebagai pembantu tadika dan pembantu kedai. Mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gelang Patah. Mereka menerima bantuan dari Majlis Agama Islam sebanyak RM300.00 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500.00.

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada ketiga-tiga penama.

Beliau turut diiringi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru,Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.