LEGASI YANG DIMULAKAN ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 30 TAHUN DAHULU DITERUSKAN OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA RAJA MUDA JOHOR
By Admin
Sekitar tahun 1992, kira-kira 30 tahun dahulu Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail telah membawa pasukan bola sepak Johor ke Istana Bukit Serene untuk bermain bola bersama-sama dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang berusia 8 tahun ketika itu berserta sepupu-sepupu baginda yang lain.
30 tahun kemudian, DYAM Tunku Ismail yang kini Tunku Mahkota Johor turut melakukan perkara yang sama untuk DYAM Tunku Iskandar, Raja Muda Johor dengan membawa beberapa pemain pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan sepupu-sepupu Raja Muda Johor bermain bola sepak bersama sempena meraikan Hari Keputeraan DYAM Tunku Iskandar.
Baginda berharap Raja Muda Johor menjaga bola sepak negeri Johor dan terus memberikan kejayaan pada masa akan datang.
