PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN NOVEMBER KEPADA NELAYAN PARIT TIRAM
By Admin
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan ke Pengkalan Jeti Nelayan Parit Tiram menyantuni beberapa nelayan yang sedang mengutip hasil tiram. Nelayan-nelayan ini antara penyambung warisan turun temurun kegiatan menyelam mendapatkan tiram yang telah dijalankan di kawasan ini sejak awal kurun ke 19.
Pegawai Daerah seterusnya menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang dikenalpasti oleh pimpinan masyarakat dan penghulu mukim terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, B40 yang tiada sumber pendapatan akibat diberhentikan pekerjaan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban.
Selain daripada nelayan, fasa kali ini kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor turut disampaikan kepada keluarga yang terlantar dan tidak bekerja di Mukim Sungai Terap.