MAJLIS PENGURNIAAN DARJAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
By Admin
Mac 23, 2022
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pengurniaan Darjah Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Baharu, Istana Bukit Serene pada 23 Mac 2022. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor. Allah Peliharakan Sultan.









