Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) PASIR GUDANG

Admin
Mei 24, 2025

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Pasir Gudang yang berlangsung pada 24 Mei 2025.

TMIYC di Pasir Gudang ini merupakan yang ketiga selepas Hutan Bandar, Johor Bahru dan Muar. Ia selaras dengan idea dan visi DYAM Pemangku Sultan Johor untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor.

Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.