Skip to main content

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKAITAN PENGARUH

Admin
Mei 19, 2025

Jikalau apa yang membuatkan anda sakit hati adalah pengaruh, maka saya ada berita yang kurang baik: pengaruh itu tidak akan hilang. Sama ada dalam bola sepak, politik atau apa jua bidang sekalipun, ia adalah sebahagian daripada ekosistem. Saya baru 41 tahun, dan pengaruh saya, kuasa, pengalaman, kewangan hanya akan bertambah dari sini.

Contoh: Baru-baru ini, saya jumpa ahli politik di Johor yang bertanya sama ada Bazaar Ramadan dan semua khemah itu milik saya. Serius? Adakah muka saya nampak seperti seseorang yang cari keuntungan daripada gerai Bazaar Ramadan?

Baru-baru ini juga ada berlaku kes pukul di sebuah konsert tempatan. Seperti biasa, ada yang cuba kaitkan insiden itu dengan saya. Konsert punk tempatan, pula tu. Adakah muka saya kelihatan seperti orang yang habiskan masa dengan ‘headbanging’ di gig punk underground?

Dan seperti biasa, dalam insiden Faisal Halim, timbul pula bisikan dan spekulasi yang cuba kaitkan saya. Biar saya jelaskan, saya dan JDT tidak perlu turunkan diri ke tahap serendah itu. Saya ini seorang askar, kalau saya ada sesuatu untuk disampaikan atau dilakukan, saya tidak akan bersembunyi di sebalik tindakan pengecut seperti itu.

Nampaknya, apa sahaja yang berlaku mesti dikaitkan dengan saya. Menarik, bukan?

Saya rasa masalah sebenar di sini, saya rasa, bukan apa yang saya telah lakukan, tetapi hakikat bahawa saya mampu melakukannya. Pengaruh, dalam kedudukan saya, bukan satu pilihan, ia satu ketetapan. Dan semakin masa berlalu, semakin ia bertambah kuat.

Jadi ini nasihat saya dengan rendah hati: belajarlah untuk terima… atau cubalah habiskan saya terus. Sebab saya tidak akan ke mana-mana. Saya di sini untuk berkhidmat kepada Negeri saya dan Memartabatkannya.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.