MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI KHAS PEMANGKU SULTAN JOHOR
By Admin
Disember 14, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor serta paduka anakanda berangkat ke majlis perkahwinan David Keyte, Pegawai Khas Kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan pasangannya, Mariah Abu Bakar pada hari ini, 14 Disember 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.




