Skip to main content

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Admin
Disember 17, 2024

Ybhg. Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian, Encik Akmal Hamizi Bin Manshor, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail kepada beberapa keluarga di Mukim Ayer Baloi Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.