MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN NEGERI JOHOR DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
By Admin
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Johor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini, 21 April 2025.
Menerusi kerjasama antara Johor dan SKMM ini, pelbagai inisiatif baharu akan dilaksanakan termasuk pembangunan infrastruktur digital, peluasan liputan 5G di kawasan-kawasan strategik, memperluas liputan rangkaian Internet, pembangunan literasi digital rakyat dan pelaksanaan program keselamatan siber. Inisiatif-inisiatif ini juga akan menyokong pertumbuhan pusat data baharu, menarik pelaburan-pelaburan teknologi tinggi ke Johor serta memastikan kawasan JS-SEZ mempunyai infrastruktur digital yang kukuh dan pencapaian Internet yang menyeluruh.
Hadir sama adalah YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil Menteri Komunikasi Malaysia, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.




