Skip to main content

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KONTINJEN SUKMA JOHOR 2024

Admin
Ogos 08, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Kontinjen SUKMA Johor 2024 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini, 8 Ogos 2024.

Hadir sama adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor.

Dalam majlis tersebut, Baginda turut memberi galakan dan motivasi kepada para atlet kontinjen SUKMA Johor 2024 menjelang Sukan Malaysia 2024. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.