Skip to main content

TERIMA MENGADAP UNITED STATES INDO-PACIFIC COMMAND (USINDOPACOM)

Admin
Ogos 08, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) yang diketuai oleh Mejar Jeneral Jay M. Bargeron, Pengarah Direktorat Dasar dan Perancangan Strategik (J5) pada hari ini, 8 Ogos 2024.

Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Mr. Michael C. Pettigrew, Timbalan Pengarah Operasi, Pelan dan Dasar Asia Selatan dan Tenggara, Kapten Pasit Somboonpakron, Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat ke Malaysia dan Kapten Holly M. Beard, Penyelia USINDOPACOM Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.