Skip to main content

MENERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR DAN ICT NEGERI JOHOR

Admin
Mei 18, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Cik Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor dan ICT Negeri Johor.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pelan dan perancangan untuk Pusat Media Digital Johor dan bagi merangka struktur komunikasi antara pelbagai agensi di negeri Johor.

Pusat Media Digital Johor berperanan menyelaras dan menyebar maklumat aktiviti-aktiviti Kerajaan Negeri Johor dan informasi terkini kepada Bangsa Johor. Pusat berkenaan turut bakal menjadi saluran utama penyebaran berita negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.