PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
By Admin
YBhg. Tuan Haji Nasri Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Sri Medan, Parit Sulung dan Mukim Simpang Kiri, daerah Batu Pahat.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Turut hadir adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Batu Pahat; Ketua Penghulu; Penghulu Tinggi; Penghulu Mukim Sri Medan Parit Sulung; Penghulu Mukim Simpang Kiri; dan Ketua-Ketua Kampung; Daerah Batu Pahat.