NASIHAT KEPADA SEMUA AHLI POLITIK
By admin
Julai 13, 2021
Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana. Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.
Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini.
Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada Rakyat. Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu Rakyat.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor