PENGAGIHAN KURNIAAN DAGING LEMBU SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
By admin
Pengagihan daging lembu kurniaan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada golongan asnaf dan fakir miskin sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama semua Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor daerah Kota Tinggi yang dijalankan serentak di semua mukim daerah Kota Tinggi.
Pengagihan ini turut dibantu oleh penghulu-penghulu mukim bagi melicinkan agihan serta memastikan kurniaan ini sampai kepada golongan sasaran.
Kurniaan daging lembu kepada golongan yang memerlukan sempena Ulang Tahun Keputeraan DYAM Tunku Mahkota Johor menunjukkan keperibadian baginda yang amat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri Johor.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Fahmi Bin Salam, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi; Encik Fizwan Bin Dato’ Haji Mohd Rashidi, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pengerang (MPP); dan Encik Fahmy Bin Yahya, Yang DiPertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) serta semua Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor dan penghulu-penghulu daerah Kota Tinggi yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program pengagihan kurniaan ini.