Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

admin
Jun 30, 2021

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan agihan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda kepada penduduk-penduduk asnaf di setiap Mukim dalam daerah Batu Pahat yang berjumlah lebih 150 keluarga.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pentadbir Tanah Daerah; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat; Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng; Amin Baitulmal MAINJ; Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor, Penghulu-Penghulu serta Ketua-Ketua Kampung dan turut dijayakan dengan penglibatan para sukarelawan Southern Volunteers Batu Pahat yang masing-masing bergerak mengikut kawasan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini.

Menjunjung Setinggi-Tinggi Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Semoga setiap penerima akan terus tabah dan cekal serta mampu meneruskan kesinambungan hidup yang lebih baik pada masa akan datang.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.