PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
By Admin
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Enam Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Senai dan Mukim Kulai pagi tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya kepada MAIJ, JKM, penghulu mukim serta ketua kampung yang membantu dalam menjayakan penyerahan ini.
Di Samping Itu Juga Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota juga turut berkenan menyerahkan kurniaan kepada dua buah masjid dan satu surau di Daerah Kulai.
Masjid dan surau yang terlibat ialah :
1.Surau Al Makmur Taman Makmur Kulai
2.Masjid Taufiyah Taman Mewah,Kulai
3.Masjid Ar-Rudhah Saleng