LAWATAN RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG PARIT RAJA DARAT, BATU PAHAT
By Admin
Pada hari ini (6 Disember 2021), saya telah berangkat ke Kampung Parit Raja Darat, daerah Batu Pahat untuk mengadakan lawatan ramah mesra bersama para penduduk kampung.
Program pertama telah diadakan dengan para golongan belia dari Batu Pahat di Rumah Makan Tok Dan. Seterusnya, saya telah mengadakan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan saya dapat membantu meringankan beban mereka.
Lawatan diteruskan dengan program Belia Sihat di Dewan Terbuka Hj. Sirat. Tidak lupa juga warga emas kampung dengan sesi sembang santai bersama mereka untuk mendengar kisah dan keluhan mereka. Sempat juga saya melawat ladang projek fertigasi tanaman cili centil.
Terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua warga Kampung Parit Raja Darat, belia Batu Pahat dan Tuan Haji Ismail Bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat kerana menerima saya dengan mesranya. Semoga Allah SWT berkati anda semua.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/447122243436834