Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
Ogos 24, 2022

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah wakil Kadi Daerah Kulai; Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Selain itu, sebuah masjid dan dua buah surau di Mukim Senai turut menerima kurniaan DYAM TMJ. Masjid dan surau tersebut ialah :

Masjid As-Solihin, Taman Senai Baru; Surau Al-Ikhlas, Taman Desa Idaman, Senai dan Surau Al-Irshad, Taman Sri Senai.

Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak selain membantu pengurusan masjid dan surau yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.