ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin

By Admin

Ogos 28, 2022

Yang Berusaha Encik Mohd Fairul Bin Surian, Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang kurang berkemampuan yang tinggal di Mukim Ayer Hitam, penerima yang mengalami kebakaran rumah di Mukim Sri Menanti dan yang menghidapi penyakit kanser di Mukim Bandar.

Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan asnaf terutama mereka yang terjejas akibat terlantar sakit di rumah, golongan yg dilanda musibah kebakaran rumah serta juga mereka yang di uji dengan penyakit kanser yang memerlukan bantuan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Pemangku Penghulu Tertinggi dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Tunku Mahkota Johor. Hakcipta Terpelihara.