Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

admin
Ogos 03, 2021

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Julai 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak khususnya kepada MAIJ, JKM, penghulu mukim serta ketua kampung yang membantu dalam menjayakan penyerahan ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.