Skip to main content

KESIHATAN DAN KESELAMATAN RAKYAT MESTI SENTIASA DIUTAMAKAN

admin
Ogos 04, 2021

Kadar vaksinasi di Johor kini adalah sebanyak 50 ribu dos sehari. Walaubagaimanapun, kadar jangkitan Covid-19 di Johor kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Memandangkan situasi ini, saya berpendapat bahawa kadar vaksinasi perlu dipertingkatkan lagi sehingga 70 ribu dos sehari secepat mungkin. Saya juga ingin mencadangkan supaya Operation Surge Capacity turut dilaksanakan di Johor.

Saya menyeru kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi bekalan vaksin kepada Johor supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan supaya imuniti kelompok boleh dicapai lebih awal. Dengan varian Delta yang sangat berjangkit ini sedang menular, hanya vaksinasi yang dapat membendung wabak ini secara berkesan.

Kesihatan dan keselamatan rakyat mesti sentiasa diutamakan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.