PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
By Admin
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, Mukim Sedenak, Mukim Senai dan Mukim Bukit Batu.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penghulu Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Turut menerima kurniaan daripada DYAM Tunku Mahkota Johor ialah masjid dan surau seperti berikut Surau Rosevilla, Taman Putri, Mukim Kulai; Masjid Ar Rahman, Taman Putri, Mukim Kulai dan Surau Abu Bakar Assidiq, Taman Lagenda Putra, Mukim Kulai.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.