Skip to main content

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
Ogos 14, 2023

Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima individu dari Mukim Sg Raya dan Panchor.

Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.

Tuan Pegawai Daerah Muar juga telah membuat penyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi surau di Mukim Panchor, Bukit Kepong dan Mukim Lenga. Serahan Kurniaan Surau ini adalah untuk membantu pihak pengurusan surau bagi mengimarahkan surau dengan pengisian program yang menarik supaya dapat memberi manfaat berguna kepada semua kariah dan masyarakat setempat.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.